Tuesday, July 14, 2015

TTC

Assalamualaikum

hai korang, hari ni aku nak cerita pasal TTC. Trying To Conceived. Terlalu banyak pendapat, pandangan mereka2 pasal aku. pasal ES. pasal hubungan kami. uhmm.. siapa kawin tak nak anak kan? selama ni aku memang malas nak menjawab soalan dorang. sebab aku tau, kadang2 mereka yang bertanya tu cuma nak bagi cadangan, pendapat apa2 jelah berkaitan dengan TTC ni. bukan aku tak nak dengar. bukan aku taknak terima.. tapi aku penat. 

macam2 dah kami usaha. bagi aku simply bcos, Allah swt belum nak bagi rezeki tu kat kami. DIA bagi rezeki kat benda lain. macam, aku ada adik yang sporting, keje yang aku suka, suami yang alhamdulillah.. sentiasa cuba penuhi impian aku. walaupun tak perfect.. tapi kehidupan aku alhamdulillah. tak susah. bukan riak. ada jugak masa nya kitorang susah. tapi tak selalu. 

ramai cadang aku dengan ES buat IVF. atau IUI. tapi kenapa kami tak ikut? sebab cost nak buat dua benda tu mahal. cecah puluh ribu. kalau buat sekali terus lekat takpe. tapi kalau tak? kau sanggup tanggung risiko? dah lah duit kau habis, harapan kau hancur. kau nak? 

aku tak sanggup. biarlah kami cuba cara kami. biar apa orang nak kata. aku bersyukur dah dengan apa yang aku ada. kalau ada rezeki, ada lah. kalau takde, pun aku bersyukur. :)

Friday, July 10, 2015

BM

hai korang, lama jugak aku tak update apa-apa dalam blog ni kan. sejak kerja kat BM ni.. memang penat sangat lah. mana tak nya.. walaupun student tak ramai, tapi every one hour kita akan exchange student. kira xde masa rest la untuk teachers. rehat cuma masa breakfast or lunch.  itu pun kena dok perhatikan bebudak ni. biasalah, budak umur 3-6 tahun. memang nakal sikit. tapi aku happy buat keje ni.

Kerja kat BM ni, lain sikit dari masa aku keje kat SRK. kat sini xde istilah summer holiday, xde istilah cuti skolah ikut Malaysia Gov. cuti cuma masa public holiday. sebab tu setiap kali public holiday, aku dengan teachers lain akan tertunggu-tunggu. ahahah

actually, boleh lah apply cuti. tapi sebab teachers cuma ada 4 orang, so.. jadi serba salah nak amik cuti. sebab kalau kurang teacher, teachers lain kena tukar schedule. bebudak pulak susah nak manage. uhmm..

so far, gaji okay lah daripada SRK. tapi bab EPF.. SOCSO.. sama je. tu yang aku agak penat nak argue. tapi penat tak penat, dekat 6 bulan jugak aku keje kat sini. dah nak masuk 7 bulan pun. in shaa Allah.. selagi aku larat, aku keje je lah. target aku, end of this year nak beli kereta. 

senang sikit. tak payah nak mengharap kan ES nak hantar dan amik aku dari skolah. kan? lepas ada kereta, aku dah boleh start kumpul duit beli rumah pulak. banyak impian aku skang ni. 

yang penting kena sabar banyak2 sekarang ni.. :)

Tuesday, February 24, 2015

Umrah part one





As salam,

Alhamdulillah.. last 30th january sampai 10th february aku dengan family ES di panggil untuk menjadi tetamu Allah. Rasa bersyukur sgt. Yelah.. untuk orang yang 1st time nak pegi sana macam aku ni.. confirm la excited yang xtau nak explain macam mana kan..

Sebulan sebelum kami pegi, aku dah buat banyak research pasal keperluan nak ke sana tu. Dari segi pakaian, ilmu.. brg2 yg nak di bawa. Kebanyakan nya aku tengok2 dari blog org yg dah berpengalaman pegi. Dan ada jugak yang aku ikut keselesaan aku. Kadang2 apa org bawak x sama dengan keperluan kita.

Dari segi persediaan mental.. aku banyak google je. Sempat pegi kursus umrah tu 2x. Alhamdulillah.. dengan berkat aku buat research.. apa2 yg belajar masa kursus tu aku dapat faham sepenuhnya.

Dari segi fizikal pulak.. seriously.. aku memang xde exercise apa2. Memang aku letih sangat. Yelah, kerja aku as a kindergarten teacher.. sehari sebelum bertolak, aku masih lagi kerja, so memang xlarat. Dalam flight memang aku banyak rest je.

Tapi aku bersyukur sangat.. aku dapat selesai kan ibadat umrah dengan sempurna. Siap dapat buat badal umrah untuk abah pulak. Syukur ya Allah.. itu je yang mampu aku buat kan utk abah yang tersayang.

Sambung part two pulak.

Thursday, February 5, 2015

2015

Salam.. hi korang, lepas sebulan lebih masuk tahun baru 2015, baru lah aku ada mood nak update blog. Haha.. maaf.

Fyi, aku dah quit kerja kat Srk tu. Sebab? Sebab employer x amanah. Tolak epf aku, tp x contribute dalam epf. Sakit hati. Kang aku maki dia, kata aku racist pulak. Bukan sebulan dua.. sejak aku keje kat situ, dia memang x pernah bayar. Apa alasan dia skali pon, aku xkira. Masa tu memang meluap2 marah aku.

Dah lah tak amanah, ada hati nak kutuk aku kat teachers lain. Mulut jahat, hati busuk. Isk. Pastu balik2 nak salah kan ex owner. Aku peduli apa problem kau dengan ex owner tu. Aku kerja dgn kau, bukan dgn ex owner tu. Kau patut byr gaji & epf aku. Ini tak.. kerja nak lebih. Time epf, buat bodo.

So.. begitu lah ceritanya. Tapi alhamdulillah.. lepas sebulan jugak aku menganggur.. alhamdulillah.. aku dapat keje baru. Masih lagi sbg cikgu tadika. Hahahaha.. aku dan kanak2 berpisah tiada. Haha.. cuma anak sendiri je blom ada lg.

So far, baru sebulan aku keje kat BM. Okay lah. Better sikit dari srk. Keje start 8am-3pm. Lama jugak. Tp breakfast & lunch dorg provide. X macam kat srk.. makan sikit pon kena marah n perli. Bayar pki duit sndri pon jadi isu. Isk isk

Kat BM, aku jadi cikgu drama. Hahah.. kerlass..
Aku pon asalnya xtau nak mengajar apa. Sbb dlu masa kat Uni, aku belajar drama cerita org2 dewasa. Camno nak mengajar bebudak umo 2-6 tahun ni..

Tp utk permulaan.. aku banyak ajar dorg nyanyi. Ikut je laa.. yg babies pulak.. aku bg dorg main2 je. Yelaa.. apa nak di ajar sgt pon. Susah woo nak handle 10org budak umo 2 tahun.

Yang umo 6 tahun, alhamdulillah.. boleh ikut. Walaupun ada jugak yg degil sikit. Tp biasa la.. bebudak kan?

Cikgu2 kat sini semuanya dah 50 tahun ke atas.. haha.. ya ya.. aku dgn ruby je muda kt sini.

Masa aku type entry ni, aku kat makkah al mukaramah. Menunaikan ibadat umrah. Next entry aku update lagi. Daaa~~

Tuesday, October 7, 2014

Annual Concert Preparation

Hi korang...

kindergarten tempat aku mengajar ni akan buat annual concert 2014, pada 2nd november. oleh kerana aku class teacher.. of course lah aku kena ready kan anak2 murid aku tersayang dengan persiapan dancing. hahah.. kelas aku kena buat bollywood dance. dah sebulan setengah rasanya aku dok lah mengajar steps dancing. aku bagi the easiest steps yang ada. bukan xnak bagi yang susah2. tapi students aku baru 6 tahun kan.. risau jugak kalau bagi steps susah2, dorg tak dapat nak catch up.

Alhamdulillah, student kelas aku sangat la bijak, dan cepat hafal. setiap hari memang ada 1 jam untuk practice. so, masa lain tu boleh lah aku mengajar sikit. dan sejam masa untuk practice tu, sekolah akan gantikan dengan homework.

aku sebenarnya excited nak menunggu concert ni. sebab ini concert pertama aku dengan kindergarten skang ni. last year dgn kindergarten lain. dalam masa yang sama jugak, aku sedih nak lepas kan anak2 ni pergi. nak masuk tahun 1 dah next year. walaupun aku baru lagi mengajar kat sini, tapi dah jatuh sayang dah dengan bebudak ni. masing2 ada perangai. hahha.. hari2 buat aku pening. tapi to be honest, memang sayang sangat dengan dorang ni semua.

Opps.. gambar dorang practice tak ada pulak. yang ada cuma video. next time aku update dengan gambar2 pulak ya.. :)



Wednesday, October 1, 2014

Welcome to my new blog






Hi uolss.. welcome to my new blog!

Blog aku sebelum ni masih ada. cuma malas nak maintain. too much hatred. so, aku just create a new one, just like a beginning of my story. sebelum tu.. meh berkenalan dengan aku meh..

Nama aku.. Puan WA. Alhamdulillah tahun ni aku dah berusia 26 tahun. tua? jangan nak memandai ya! hihihi.. aku masih kategori belia, tahu? aku dah pun mendirikan rumahtangga dengan insan tercinta, 3 tahun lepas. 11 june 2011. Encik Suami aku tu, seorang yang happy go lucky, suka buat aku ketawa, marah, sangat annoying.. kadang2 lah. sangat mengambil berat. sangat menjaga aku, dan sangat penyayang. kot la nanti aku update pasal ES aku ni.. korang tengok muka dia yang comel tu.. haaa.. beza umur kitorang 17 tahun. okay, pandai2 lah korang kira berapa umur dia. hahhaha.. tapi aku gerenti, korang akan cakap muka dia nampak muda dari usia sebenar. Ya, kami kahwin atas dasar cinta. ewaahhhh kerlaass kau jah! hahha

Aku seorang cikgu tadika.. haa.. kalau ikut mereka yang kenal aku, mesti tak sangka aku ni cikgu. kakkkaa.. sebab aku ni seorang yang selamba je. dalam masa yang sama aku jugak garang. cuma aku takde la sampai tahap nak memukul anak orang. haihh., jangan salah sangka ya, aku tak pernah lagi pukul atau rotan anak orang. tegur sebab tak buat kerja dan kacau kawan tu ada. aku tak pernah lagi rotan budak. hihihi

Pasal family pulak, abah aku baru je meninggal dunia tahun lepas.. 5 jun 2013. aku masih ingat lagi saat terakhir aku dengan abah. alhamdulillah, aku bersyukur sangat bila aku di beri peluang oleh Allah Swt untuk pohon ampun atas kesemua dosa2 aku pada abah. aku tak dapat bayangkan kalau aku tak dapat nak minta maaf dengan abah. banyak sangat dosa aku dengan abah. sedih sangat bila abah dah tak ada. selama ni aku tau yang aku ada tempat nak mengadu. bila abah dah tak ada, separuh nyawa aku macam pergi sekali dengan abah. okay, cukup cerita pasal arwah abah.

aku ada kakak dan adik. kakak aku seorang yang lone ranger. hahahha.. dia suka travel, dia kuat bekerja, dia rajin. haa.. itu pasal kakak aku. adik aku pulak, seorang yang manja, degil, berdikari, suka buat hal sendiri, dan jugak rajin. cuma aku je yang malas. hahhahahah

Aku ada seorang anak tiri. kitorang panggil dia Oa. aku jaga Oa ni since dia umur 8 tahun. sekarang dah jadi anak dara dah. 13 tahun  umur Oa skang. manja. degil pon ya jugak. hahahh.. 

okay dah. cukup entry pembuka cerita. lepas2 ni, update2 aku akan berkisar mereka2 di sekeliling aku, dan jugak apa yang aku alami setiap hari.. stay tune!